Saya dihubungi Puan Sarina ketika memandu pulang dari kerja. Menurut Puan Sarina, mereka sekeluarga akan ke Kota Bharu dahulu sebelum Ke Kuala Terengganu. Bersama beliau dalam trip ini ialah kedua ibubapanya.

Sebelum menerima kedatangan Puan Sarina sekeluarga, Wahi Homestay telah disewa dalam bentuk long term rental oleh seorang pegawai Petronas selama 6 bulan. Pastinya, mode short term rental & long term rental adalah 2 mode yang sangat berbeza. Saya sebenarnya sedikit berdebar dengan masa peralihan antara 2 mode ini. Seperti biasa, saya akan lakukan yang paling baik bagi memastikan mode short term rental dalam keadaan yang sempurna untuk menerima tetamu.

Jangkaan saya sedikit meleset. Apa yang saya cuba elakkan telah berlaku. Saya terlupa untuk menyediakan detergent sepertimana keperluan semasa short term rental. Nasiblah Puan Sarina sporting 🙂

Pada waktu pagi semasa hari check out, Puan Sarina whatsap saya. Katanya perlu check out awal kerana perlu bergegas ke klinik membawa orang tuanya yang kurang sihat.

Terima kasih Puan Sarina & keluarga kerana sudi menginap di Wahi Homestay. Sampai jumpa lagi di lain hari 🙂

Homestay : Wahi
Check in : 23.2.2016
Check out : 25.2.2016