Beliau sekeluarga turun ke Kuala Terengganu dari Kota Bharu dengan kereta sewa. Singgah beberapa tempat (Wakaf Tapai dan Pasar Payang) sebelum check in di Lily Homestay.

Nak dijadikan cerita, pada hari Puan Rasidah check in laluan trafik sepanjang jalan utama di Seberang Takir berubah. Semua persimpangan trafik light tidak dibenarkan U-Turn. Memang pada hari itu, kesesakan lalulintas memang agak dasyat juga (Hujung minggu pada cuti Tahun Baru Cina. Hmmm).

Namun Alhamdulillah, beliau sekeluarga check in dengan lancar juga akhirnya. Saya secara rasminya memohon maaf kepada Puan Rasidah sekeluarga terutama suaminya – saya tak sengaja menyebut nombor lorong yang salah semasa beliau sekeluarga on the way check in (Uhuk).

Terima kasih saya ucapkan dan mohon maaf mana-mana terkurang. Insyaallah sampai bertemu lagi pada masa akan datang.

Homestay : Lily
Check In : 11.2.2016
Check Out : 13.2.2016