Sebenarnya, mereka ialah international student yang sedang mengikuti program di sana. Jovan sendiri adalah dari Ottawa University, Canada. Seorang lagi rakannya yang sempat saya kenali ialah Gabriel dari universiti di Scotland. Dan rakan-rakannya yang lain adalah dari serata eropah.

Mereka sangat adventurous. Lihat sajalah tentative projek jalan-jalan mereka di Malaysia. Dari Kuala Lumpur, mereka ke Cameron Highlands dan Taman Negara sebelum singgah menginap di Lily Homestay meneroka Kuala Terengganu. Mereka juga sempat ke Pulau Redang semasa berada di sini. Mereka singgah di Kuantan sebelum ke KLIA untuk pulang ke Hong Kong. Menurut Jovan, selepas itu mereka akan ke Vietnam dan Cambodia pula. Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh mereka mengenal dan merasai pengalaman di Asia Tenggara.

Saya sempat singgah di Lily Homestay bertemu mereka. Mereka sangat ramah, energetik dan sangat menyukai suasana di Malaysia. Walaupun pada ketika itu cuaca sangatlah panas, namun itu merupakan salah satu pengalaman baru untuk mereka.

Oh ya. Mereka mengetahui tentang Lily Homestay dan homestay saya yang lain menerusi aplikasi AirBnb. Kebanyakan tetamu saya dari luar negara menempah homestay menerusi aplikasi ini.

Saya pasti Jovan dan rakannya amat menyukai budaya dan kecantikan negara kita. Katanya, beliau akan singgah lagi ke sini. Banyak lagi tempat di Malaysia yang akan dikunjunginya.

Selamat maju jaya kepada Jovan dan rakan-rakan. Semoga kita berjumpa lagi next time. Terima kasih.

Homestay : Lily
Check in : 21.2.2016
Check out : 23.2.2016